Setelah 2 minggu berada di Pejabat Am, Fakulti Pembangunan Sosial berlaku penstrukturan baru organisasi untuk tahun 2013. Perubahan paling besar adalah pertukaran dekan yg baru untuk fakulti ini. Kami di Pejabat Am mengalu-alukan kedatangan Dekan baru ke fakulti ini.
Bila penstrukturan baru, maka akan tercetuslah perubahan-perubahan pentadbiran. Sebelum ni berada di bawah kepimpinan wanita dan untuk Dekan baru kali ni kami mendapat Dekan lelaki pula. Perubahan pengurusan juga bergantung kepada ketua kami yg baru.
Disebabkan penstrukturan organisasi yg baru, aku jg tdk ketinggalan terkena tempiasnya. Kalau sebelum ni aku dah selesa di Pejabat Am dgn suasana dan staf-stafnya yg peramah tp kini aku diarahkan utk ke ofis baru. Dulu aku di Level 1 iaitu Pejabat Am and now naik pangkat plk ke Level 3 iaitu Pejabat Dekan.
Sebelum ni di Pejabat Am aku ditempatkan bersama dgn 6org staf sokongan dan juga Pen.Pendaftar Kanan tp di Pejabat Dekan aku hanya bertiga bersama Dekan dan juga Setiausaha Dekan. So, agk sunyi disitu jika nak dibandingkan ketika aku berada di Pejabat Am sebelum ni. Pusing-pusing xde sape yg ada hanya aku ngn Kak Kimi, s/u Dekan.
Inilah port aku kat Pejabat Dekan ni dgn meja, kerusi serta komputer. Skop kerja masih sama sebagaimana waktu aku kat Pejabat Am dulu cuma aku dipindahkan ke sini untuk menemani s/u Dekan yg keseorangan. Kalau aku kat tempat dia pun boring, xde sape nak diajak bercakap. Dekan kat bilik dia lah.
Inilah bilik Dekan bertentangan dgn meja kerja aku je pun. Sbg seorang Dekan aku tgk sgtlah busy ke sana sini dgn meeting, mengajar di kelas, menguruskan kerja-kerja pentadbiran fakulti, berjumpa staf-staf dan banyak lagi lh.
Yang membezakan Pejabat Dekan dgn pejabat lain adalah dari segi keistimewaan bilik itu sendiri. Disediakan 2biji sofa untuk ruangan menunggu sekiranya ingin berjumpa dgn Dekan.
Di samping itu, ada juga bilik diskusi sekiranya ada mini meeting or group discussion among staff ke. Bilik ini boleh memuatkan dalam 6-8 orang dlm satu2 diskusi.
Dan lg paling best of courselah ada pantri. Nampak tak tu ada mesin utk buat coffee or nescafee. If ada tetamu luar yg dtg berjumpa dgn Dekan, s/u dekan akan hidangkan air tersebut. Selain itu ada juga peti sejuk serta peralatan dapur pinggan mangkuk, gelas, cawan, sudu dan tak ketinggalan gula, susu dan sebagainya.
Overall, enviroment office mmg lah best tp a bit boring coz kami hanya berdua. Tak terdengar keriuhan org bercerita sana sini yg menjadikan suasana kerja bertambah happening....hahaha....
0 comments:
Post a Comment