Hang out yg pertama dulu ke stadium. Ini cerita hang out yg kedua plk. Ke mana kami??? Kali ni jauh sikit dari rumah dan tempat kerja. Kami ke Merang Suria Resort. Aku amik bas Jumaat malam dari KL sampai Sabtu pagi kat umah sewa. Pagi tu terus bersiap-siap utk ke Merang plk. Dah rupa mcm explorace dah Bandung - Kuala Lumpur - Kuala Berang - Kuala Terengganu - Merang. Penatttttttt tp enjoy.
Kenapa hang out ke Merang kali ni??? Ini kerana kami selaku ex-gemmies saja nk g menyibukkan diri utk join Sports Day gemmies yg tgh on training skrg ni. Kami berlima ke sana.
Kami bertolak jam 10 pagi dari rumah. Dalam 20 minit camtu dah sampai pun lokasi yg ingin dituju. Inilah tempat berlangsungnya Sports Day for MSR07D. Tetiba rindu Sports Day SCR07A plk...huhu
Sampai je situ, di sambut oleh Cik Ain. Malu lah plk...hehe. So, sampai je terus minum pagi ngn Site Management Team. Jumpa ngn En.Zul dan juga En.Luqman.
En.Zul, Cik Ain, Milla, En.Luqman (berdiri), Biey, Zie, Atim and Me
Re-unite again!!! at Merang Suria Resort after last meeting at Suria Cherating Beach Resort. Kat sini kami dtg sbg penonton je xde dah nak main2 lagi..hihi
Inilah ragam Sports Day di Merang Suria Resort. Acara yang dipertandingkan kat sini adalah acara sukaneka. Seronok jgk tgk diorang main rebut kerusi, tarik tali dan sebagainya.
Menjelang tengahari, Sports Day dihentikan dan disambung pada jam 3 petang. So, kami semua ke tempat makan untuk makan tengahari. Selesai makan, berehat dan solat di bilik Cik Ain.
Sebelah petang, bermula pula friendly match antara site management team dgn wakil2 dari MSR07D. Yg ni acara bola jaring 3 sebelah. Lawak jgk bila org lelaki main bola jaring ni...hehehe
Selain bola jaring, bola tampar juga dipertandingkan. Team Site Management bergabung dgn pihak pengurusan resort. Acara terakhir utk Sports Day ni ialah tarik tali antara site Management Team dan org2 kuat dari MSR07D. Majlis diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah.
Aku juga dpt berjumpa my two best friends K.Ila and Kinah. Rinduuuuuuuu!!!! lama dah xjumpa. Diorang jd peserta Gems kat Merang ni.
Love this pic so much....we're friends forever. Sorang dari Terengganu, sorang dari Kelantan dan sorang dari Kedah berjumpa di Negeri Sembilan. (tudung fresh dari Bandung...terus pakai...hihi)
Selepas solat Asar, kami pun bersiap utk pulang. Half day spending our time here with all the new gemmies and Site Management Team.
Sebelum pulang, bergambar dulu bersama Cik Ain. To Cik Ain thanks for spending your time with us.
Oraittttt...I dedicate this beautiful flower to all of my blog readers...hehe..Bye..
0 comments:
Post a Comment